:: Laman Utama

ID Pengguna

Katalaluan


 PENDAHULUAN

 MISI, VISI dan OBJEKTIF

 KEMUDAHAN

 PERATURAN

 PERKHIDMATAN

 CARTA ORGANISASI

 ARKIB DAN GALERI DESA

 AKTA DAN DASAR

 PAUTAN

Hubungi
Perpustakaan & Arkib
Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-8735 2502
Fax : +603-8926 5901
Statistik
Anda adalah pengunjung ke:
Bermula 10 Mac 2011
PERKHIDMATAN

I. PERPUSTAKAAN

a) Rujukan dan Informasi

Perkhidmatan ini bertujuan membantu pengguna yang berkunjung ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui telefon, surat, faks dan e-mail.

b) Bimbingan Pencarian Maklumat

Perkhidmatan ini memberi bimbingan pencarian maklumat dengan mudah, cepat dan tepat menggunakan sistem OPAC dan User Education kepada pengguna.

c) Pinjaman dan Pemulangan (Sirkulasi)

Pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan INFRA hanya dibenarkan kepada ahli yang telah berdaftar sahaja.

d) Pinjaman Antara Perpustakaan (Interlibrary Loan)

Perkhidmatan ini diselaraskan oleh Perpustakaan Negara di bawah Skim Pembekalan Penerbitan/Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL). Pengguna perpustakaan INFRA boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk meminjam bahan yang terdapat di mana-mana perpustakaan yang berdaftar di bawah skim ini mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

e) Aktiviti Kesedaran Semasa (Current Awareness)

i) Perpustakaan turut mempamerkan artikel surat khabar tentang isu-isu semasa berkaitan luar bandar dan lain-lain isu.

ii) Pameran buku-buku terbaru di perpustakaan.

f) Program Galakan Membaca

Program yang dijalankan bertujuan untuk menarik minat membaca dan menggunakan perkhidmatan/kemudahan di perpustakaan. Program galakkan ini adalah berkaitan pendidikan sepanjang hayat seperti aktiviti melukis, mewarna, mari bercerita, tayangan video, lawatan belajar, ceramah, pameran mengikut tema dan aktiviti kraftangan.

II. ARKIB/GALERI DESA

a) Rujukan Arkib

Perkhidmatan ini bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat atau bahan yang mempunyai nilai sejarah, sosio-budaya, ekonomi, estetika dan tradisi yang berkaitan luar bandar.

b) Pameran Galeri Desa

Galeri Desa ini mempamerkan evolusi sejarah perkembangan pembangunan luar bandar sebelum dan selepas kemerdekaan yang dapat dihayati melalui bahan yang dipamerkan antaranya artifak, gambar, peta kawasan pembangunan, carta dan fakta sosio-ekonomi. Galeri ini juga dapat mendidik pengunjung tentang perubahan pembangunan luar bandar mengikut era transformasi pertama dan transformasi kedua.