:: Laman Utama

ID Pengguna

Katalaluan


 PENDAHULUAN

 MISI, VISI dan OBJEKTIF

 KEMUDAHAN

 PERATURAN

 PERKHIDMATAN

 CARTA ORGANISASI

 ARKIB DAN GALERI DESA

 AKTA DAN DASAR

 PAUTAN

Hubungi
Perpustakaan & Arkib
Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-8735 2502
Fax : +603-8926 5901
Statistik
Anda adalah pengunjung ke:
Bermula 10 Mac 2011
PERATURAN PERPUSTAKAAN DAN ARKIB

Pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan berikut :-

  1. Pengguna boleh mengunjungi Perpustakaan dan Arkib/Galeri desa mengikuti jadual masa yang ditetapkan.

  2. Pengguna mestilah berpakaian kemas dan sopan.

  3. Pengguna dilarang membawa masuk barangan seperti beg, topi keledar, jaket, payung dan bungkusan ke Perpustakaan dan Arkib/Galeri Desa. Barangan ini hendaklah disimpan di Bilik Bagasi/Lokar yang disediakan kecuali barang berharga dan peralatan alat tulis.

  4. Semasa berada di Perpustakaan dan Arkib/Galeri Desa pengguna dilarang melakukan perkara-perkara berikut :

    a) Menconteng, mengoyak, merosakkan dan mencuri buku/bahan perpustakaan.

    b) Merokok, makan dan minum.

    c) Berbual dan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.

    d) Membawa keluar buku/bahan tanpa kebenaran.

    e) Mengalih dan memindahkan buku/bahan dan perabot perpustakaan ke tempat lain.

    f) Membuang sampah merata-rata.

    g) Menyalahgunakan kemudahan internet, WiFi dan komputer di perpustakaan.

    h) Melakukan perkara yang tidak sopan.

  5. Buku/bahan yang hendak dipinjam daripada perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada pegawai bertugas di kaunter untuk direkodkan.

  6. Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku/bahan yang hendak dibawa keluar kepada pegawai yang bertugas sebelum meninggalkan Perpustakaan dan Arkib/Galeri Desa.

  7. Perpustakaan dan Arkib/Galeri Desa tidak bertangungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi semasa pengguna berada di dalam Perpustakaan dan Arkib/Galeri Desa.

  8. Pengguna yang membuat salinan buku/bahan di perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peraturan yang berkaitan AKTA HAKCIPTA 1987.

  9. Perpustakaan dan Arkib/Galeri Desa INFRA mempunyai hak untuk menentukan peraturan tambahan dari masa ke semasa.
  10.