:: Laman Utama

ID Pengguna

Katalaluan


 PENDAHULUAN

 MISI, VISI dan OBJEKTIF

 KEMUDAHAN

 PERATURAN

 PERKHIDMATAN

 CARTA ORGANISASI

 ARKIB DAN GALERI DESA

 AKTA DAN DASAR

 PAUTAN

Hubungi
Perpustakaan & Arkib
Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-8735 2502
Fax : +603-8926 5901
Statistik
Anda adalah pengunjung ke:
Bermula 10 Mac 2011
PENDAHULUAN

Sejarah

Perpustakaan INFRA mula diwujudkan pada tahun 1996 sejajar dengan penubuhan INFRA pada tahun yang sama. Ketika itu, ia dikenali dengan nama Unit Medan Maklumat yang berfungsi sebagai pusat rujukan dan dokumentasi. Peranan unit ini diperkukuhkan lagi dengan perkhidmatan galeri desa pada tahun 1998 dan perkhidmatan arkib luar bandar pada tahun 2003. Sejajar dengan penstrukturan semula INFRA pada tahun 2005, perpustakaan ini dikenali dengan Perpustakaan dan Arkib INFRA.

Perpustakaan ini ditempatkan di aras dua bangunan Ibu Pejabat INFRA, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dari segi struktur organisasi, Perpustakaan dan Arkib INFRA diletakkan di bawah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dengan nama Cawangan Perpustakaan dan Arkib. Cawangan ini mempunyai tiga unit iaitu Unit Monograf, Unit Multimedia serta Unit Arkib dan Galeri.