:: Laman Utama

ID Pengguna

Katalaluan


 PENDAHULUAN

 MISI, VISI dan OBJEKTIF

 KEMUDAHAN

 PERATURAN

 PERKHIDMATAN

 CARTA ORGANISASI

 ARKIB DAN GALERI DESA

 AKTA DAN DASAR

 PAUTAN

Hubungi
Perpustakaan & Arkib
Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Lot 2A, Persiaran Institusi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-8735 2502
Fax : +603-8926 5901
Statistik
Anda adalah pengunjung ke:
Bermula 10 Mac 2011
KEMUDAHAN

Bahagian Perpustakaan dan Arkib INFRA menyediakan kemudahan untuk keselesaan penggunjung seperti: -

    a) Ruang Bacaan
    Kapasiti ruang bacaan boleh menampung seramai 100 orang pembaca dalam satu masa. Terdapat tiga ruang bacaan iaitu ruang bacaan ilmiah, ruang bacaan surat khabar/majalah, dan ruang bacaan kanak-kanak.

    b) Katalog Perpustakaan
    Katalog Perpustakaan dan Arkib INFRA menggunakan sistem Integrated Library Management Utility (ILMU). Sistem ini membolehkan pengguna mengesan maklumat buku/bahan melalui Katalog Atas Talian/Online Public Access Catalogue (OPAC). Pengguna juga boleh mengakses katalog ini melalui laman web INFRA di url http://www.infra.gov.my

    c) Bilik Perbincangan
    Perpustakaan menyediakan satu bilik perbincangan yang boleh menampung pengguna sehingga 12 orang dalam satu masa. Bilik perbincangan ini boleh digunakan dengan mendapat kebenaran Pustakawan.

    d) Mesin Fotokopi
    Perpustakaan menyediakan kemudahan fotokopi untuk ahli perpustakaan yang berdaftar sahaja. Peraturan menggunakan kemudahan fotokopi tertakluk kepada AKTA HAK CIPTA 1987 dan AKTA HAK CIPTA (Pindaan) 1990.

    e) Internet/WiFi
    Kemudahan ini disediakan untuk mengakses maklumat secara percuma kepada semua pengguna perpustakaan.

    f) Bilik Tayangan
    Bilik tayangan perpustakaan boleh menampung pengguna seramai 18 orang dalam satu masa. Tayangan video yang disediakan adalah berunsur pendidikan, agama, kesihatan, ekonomi, budaya, patriotik dan rekreasi. Bilik tayangan ini juga menyediakan kemudahan siaran televisyen untuk saluran informasi yang berfaedah sekiranya diperlukan.

    g) Bilik Bagasi (Lokar) dan Pigeon Holes
    Kemudahan ini disediakan bagi membolehkan pengguna menyimpan barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Terdapat sebuah lokar yang boleh menampung 15 ruang berkunci dan sebuah pigeon holes yang mempunyai 18 ruang terbuka.